Isnin, 31 Disember 2007

Bye-Bye

Oklah aku nak chow dulu nak goreng telur mata 'sapi' untuk dimakan bersama dengan nasi gorang kampung dan cili api...aku punye kalau rajin nak telur goreng mata sapi gak tapi nak makan dengan roti... best juga tu..dah terleleh air liur...



Gambar kenangan 2007

SELAMAT TINGGAL 2007


Rasanya dah lama sangat tak updatekan blog ni...tahun ni terlalu banyak kesedihan...pertamanya...jiran aku yang baik sangat hatinya..kalau jumpa aku tengah jalan tak pernah dia tak tegur...meninggal dalam kemalangan yang sadis... menangis juga aku...walaupun yang meninggal tu laki orang lain tapi aku tengok semua jiran-jiran perempuan kat sini pun menangis ialah siapa yang tak kenal arwah zali..Kemudian atuk nah pulak meninggal..aku menangisla juga tapi tak dela sesedih masa jiran aku meninggal. Tapi masa aku tengok atuk Atan cium jenazah isterinya yang tercinta ..hati aku sebak tak tertahan-tahan kat situ juga aku nangis. Dan yang terakhir sekali isteri Aidil. Aku nangis gak.. tapi bukan kerana isterinya.. sebab aku tak berapa kenal dengan bininya..tapi aku terbayangkan Aidil yang mudah mengeluarkan airmata walaupun hanya nengok cerita hindustan sedih kat TV. aku membesar dengan dia jadi aku tahu sikap dia. Sebenarnya aku sedih dengan kejadian-kejadian tu...kerana aku empati kepada orang yang ditinggalkan..bagaimana hidup mereka setelah 4 tahun, 20 tahun dan lebih 60 tahun melayari bahtera perkahwinan, melalui susah-senang bersama, berkongsi batal, tilam dan tak pernah berpisah....cuba menjalani hidup tanpa orang yang tersayang disisi...macamana nak meluahkan , berkongsi rasa dan apa saje dengan mereka.Kalau aku tak tahula macamana aku nak bayangkan..bak kata mak aku pasal atuk aku, lebih 40 tahun tak pernah pisah ...kemana aje berdua...bahkan kalau tidur selimut di kongsi...mungkin atuk dah senja..bagaimana pulak dengan kak Ati..yang aku rasa dah dekat 20 tahun bersama mungkin baru nak rasa hidup selesa sikit..tiba-tiba tuhan lebih sayangkan suaminya..aku rasa impak nya lebih teruk..entahlah mungkin ini untuk memberi kesedaran pada aku supaya
menghargai orang -orang yang aku sayangi....semuga Allah memberkati rezeki dan hidup aku sekeluarga...semuga juga Allah memberi sinar cahaya keimanan dan kebahagian yang berpanjangan yang tak ternilai dengan wang ringgit pada keluarga aku...Aku sayangkan mereka...