Rabu, 23 April 2008

MELEPAK

Roti jala yang dibuat semalam
Hari ni gi library pulangkan buku..pinjam balik dalam 8 buah. Balik buat roti jala untuk bebudak makan. Tak sangka la pulak kali ni jadi je aku buat roti jala rasa macam hari-hari nak buat. Siap cakap lagi dengan amir " Nanti kalau sekolah amir ada jamuan suruh bawa kuih, bagitau kat mak 2-3 hari sebelum nanti mak buatkan roti jala @ spiderman" " okey" jawap amir. petang melepak sambil baca novel fatihah Dear Yayah 1 & Dear Yayah 2. Tekak rasa sakit semacam, kepala bengal, badan lain macam tapi tak panas pun. Malas nak cakap dengan abang nanti dia kata" awak ni banyak sangat yang sakit" pilu sikit bila dengar dia kata cam tu...Okeyla ...petang ni ingat nak buat nasi goreng cina dan ayam goreng berempah.....

Isnin, 21 April 2008

AMIR SEMPUT..

Hero cina kesayangan aku demam dan lelah..jadi tak sekolahlah dia hari ni..tapi aku rasa esok mesti automatik dia dah baik sebab dia ingat duduk rumah boleh lepak-lepak sambil tengok tv!! No..no..no.. kul 10 aku dah suruh belajar...sambung lagi kul 2 pm sampai 5 pm ..tu pun dia tak banyak concetrete asyik membuli si aisyah apalagi terjerit-jerit lah minah sorang tu...petang aku ambil haikal.. oopsss nak buat maggi untuk cik abang..kalau ada masa sambung balik..

Ahad, 20 April 2008

LETIHNYA...

Emm..letihnya ngadap komputer lelama...tadi abang ada tanya"nak maggie tak zan?" "taknakla" jawap aku..dia tengok bola tu...aku pun dah letih nak masuk tidur....

HAPPY BIRTHDAY TO HUSNA & AFEEQ



Hari ni gi rumah Nona ada 'Birthday party ' untuk anak dia. Aku sampai tapi tuannya tak ada...ngantuk plak layan bebudak ni so tumpang tidur kat bilik Siti...dalam jam 4 pm barula..Nona sampai...lebih kurang pukul 6.30 pm baru balik klinik. Letih sangat bebudak tu...

HARI SUKAN SEKOLAH JALAN 3

Posing dulu...
Haiqal...
Amir pakai topi pink...
Ayu je....

TAMAN TASIK CEMPAKA


Indahnya permandangan Tasik....sampai teruja dia orang

KLINIK



Alahai manjanya dia...

PERANTIN LAGI...

Bagai pinang di belah dua...
Pengapit lagi cun...

Kenduri kahwin dak Antie(nama penuh tak tahu) anak mak ngah aku kat Kampung Pandan...

AIR PANAS GUNUNG LEDANG


Tahun Baru Cina dalam perjalanan balik ke Sri jaya singgah mandi kat Air terjun Gunung Ledang. Emm tapi bebudak ni tak berapa enjoy maklumlah tak pernah mandi kat sungai.

AUNIE YANG COMEL...

Opps lupa plak lepas majlis kahwin Faridah anak Lin si Aunie yang comel ni masuk hospital sebab cirit-birit...sian dia...

PORT DICKSON..

Pada 26 hb Jan lepas, adik aku yang kiut-miut belanja lepak kat PD. Disebabkan hari Sabtu abang buka klinik so aku gi naik komuter ngan anak-anak sampai kat Seremban dulu. Kesian bebudak biarla dia mandi-mandi dulu..kata abang. Macam biasa dia pesan ambik gambo bebanyak. Ok gak..sekali-sekala realese tension.....
Kat depan resort blur sikit gambarnya

Kat kolam ngan pak sunya.

GAMBAR-GAMBAR...

Sebenarnya banyak gambar-gambar yang dah diambil tapi tak di letakkan dalam blog aku nie...cik abang asyikla suruh aku "ambik gambo bebanyak" tapi bininya malas bangat nak letak dalam blog untuk ditatap olehnya. so sekarang aku akan letak kat sini mengikut tajuknya.

Jumaat, 18 April 2008

HUJAN OH HUJAN..

Dah lama sangat rasanye tak menulis...tadi baru je buat satu blog untuk anak dara tu..seronok sangatla dia..Hai untung anak zaman sekarang ada blog, ada e mail...Oopps lari dari tajuk. Hujan je tak sesudah. Asal plan nak gi pasar malam je mesti ujan nyampah...si kecik tu tak habis-habis dengan tom-tom bak lah, adi dengan ayahla.. naik muak dah nengoknya. Eh dah kul berape ni..alamak baju putih tak basuh lagi ni blog fatihah punye pasalla ni..antar kak ya gi tuisyen dulula..