Selasa, 26 Jun 2007

LENGUH-LENGUH

Hari ni badan rasa ok sikit lah...semalam tak boleh bangun. Aku ingat kot-kot dah terpregnent..kalau betul ok jugak tapi bila difikirkan semula payah pulak dahlah 5 tahun tak beranak...baru nak berdua-duaan ngan abang..,baru nak start travel ngan family....susu tak yah pikir...pampers tak yah pikir...cek upt negative alhamdulillah..kena satu cucuk ubat demam tu yang hari ni lega sikit..tapi kaki still lenguh sikit..semalam man dan ram alami trauma masa naik flight..sian they all dahlah first time naik tiba-tiba ada kejadian yang tak diingini..sebenarnye aku tak de mood nak tulis..janji ngan adibah nak call pukul 9pm, nak submit cukai pakai e-filing call dia rupanya kat dalam keta lagi tak sampai kat umah..ish kerja keras anak dara ni..dia suruh call setengah jam lagi..aku goreng ikan kering untuk cik abang dululah dan bonus..buat maggi untuk aku sendiri...bestnya....

Khamis, 21 Jun 2007

Hari ni baru aku perasan abang tak de call pun kat rumah..selalunya dia mesti call..samada nak cakap pasal something atau setidak-tidaknya dia mesti call anak-anak dia.. Setahu aku kalau dia tak 'keep in touch' kat rumah biasanya dia marah atau tak puas hati kat aku...Aku ada tersilap kata dan perbuatan ke? Mesti ada..sebab bila aku call dia macam tak best je...kalau tak de apa-apa alhamdulillah... petang hujan lebat tapi kejap je..budak-budak tengah makan nasi.. selera betul maklumlah ikan cencaru goreng cicah dengan kicap...cuma lauk nya terlalu simple dan abang tak berapa gemar lauk ni.. abis tu camno..aku dah tak tahu nak masak apa lagi..tapi bebudak ni suka sangat sampai bertambah-tambah nasi...

HAPPY FATHER DAY


Aisyah dan Haikal dengan kad untuk abahnya yang tersayang..

Kad utk hari bapa hasil kreativiti anak-anakku...

"Mak! Mak! Tenuk ni .., aisyah dapat A" jerit aisyah masa aku ambil dia di sekolah..Rupa-rupanya kad untuk Hari Bapa.. haikal pun ada sekali. Emmm.. kalu tak salah aku masa Hari Ibu ..tak de pun dia orang buatkan kad.. ke aku tak perasan.

Isnin, 18 Jun 2007

AKTIVITI HARIAN .....


Emmm...macam biasa aktiviti harian yang wajib anak aku buat terutamanya ekal..Lepas je habis buat homework tanpa berlengah dan tidak lupa membuat aktiviti hariannya menonton cerita kartun kat tv 9..sampai aku pun dah menghafalnya dari cite Blue's Clue hingga ke Spongebox Squarepants. Padahal kalau tak salah aku citenye dah berulang-ulang, aku memang pasti sebab akupun turut sama menontonnya walaupun tak sepenuhnya. Tapi yelah dah minat sangat ...dia tengok juga tanpa jemu..dulu masa mak aku datang umah aku, aku citelah juga pasal kartun kegemaran cucunya...dan bertapa menyampahnya aku tengok kartun Cat Dog..mak aku kata dia pun tak suka tapi budak-budak memang suka..katanya tu berdasarkan anak-anak sepupu aku yang dia jaga..suka sangat tengok cite tu dan astro chanel ceria maklumlah maknye tak pasang astro..fuhhh nasib baik aku dah lock chanel ceria kalau tak lagi mengarut...

Anak-anak


Berangan rambut panjang konon-kononnya...

Tekun buat homework...


Hari ni gi bank ...Lepas aku jemput ekal tanpa membuang masa aku suruh dia buat homework yang tak siap kelmarin. Tapi sabo jelah dengan ekal...tapi atleast dengan aku nak juga dia belajar..sementara dia buat homework eisyah pulak asyik berangan..tak sudah-sudah anak dara sorang ni. Kali ni dia berangan rambutnya panjang mcm princess..

Sabtu, 16 Jun 2007

KERETA..

Hari ni hantar abang gi klinik tup-tup sampai kat tol abang persan beteri problem dan temp. naik... tali kipas putus.. tah berapa lama dah terjadi tak tau la..
Ingat hari ni nak masak ...malas nak beli ..kurang sikit duit yang kena keluar...habis tu dah keta ni buat hal nak tunggu pomen cina sebelah tu...nak gi sarapan plak dulu..pukul berapa la siapnye...nampaknye lauk hari ni kensel masak esok jela. Kesian jugak aku tengok kereta tu mcm dianaktirikan..dah lah jarang dimandikan...kat dalam lagilah, servis hancur..tapi sebenarnye aku memang sayang kat keta ni tahan lasak dan amat sesuai dengan aku yang tak berapa kisah tentang keperluan kereta ni janji minyak cukup boleh jalan ok. Agaknya kalau aku pakai kancil ke dah lama terbarai kereta tu...apalagi BMW dan kereta mewah yang sekata dengan nye..
Semalam nona call katanya nak tumpang tidur..malam ni kat rumah aku. Apahal plak minah ni , rupa-rupanya lakinya tak de dia takut duk kat umah dia tu katanya banyak kejadian-kejadian misteri yang berlaku "agaknya 'dia' terperanjat tak sebab selalu muka lain duk kat umah ni , yang ni muka lain" kata aku sekadar menyedapkan hati dia..maklumlah selalu dia keje sekarang cuti sebulan lepas exam. Maidnya Siti balik ke indo bercuti sebulan..."Agaknyela..ha...ha...ha.ha" jawab nona. Cuma yang aku tak faham kenapa dia tak ikut laki dia balik kampung antar mak mertua dia...emmm...emmm.baru aku ingat dia kata susah ngan anak-anak dia maklumlah siti tak de..anak dia kecik-kecik lagi... alhamdullillah aku dah tak de anak kecik...Semuga dia dapat menyelesaikan misteri rumahnya tu... ishh..seram gak..

PENING...PENING

Sebenarnya aku cuba elak-elak nak settlekan benda-benda yang berkaitan dengan LHDN ni...tapi tulah kalau aku cuba hindarinya ...last-last aku jugak yang mesti selesaikan...Rumah jangan citelah berselerak habis.. "mak tengah buat keje..." itulah antara dialog anak-anak aku dengan abahnya...Banyak benar angka-angka yang nak di belek dan di kira. Naik buntang mata aku...tengah masak, tengah basuh hatta tengah mandi pun asyik dok teringat angka-angka tu...kejap-kejap rasa macam salah kira alamak ..aku selongkar balik kertas-kertas..tekan balik calculator tu....Malam plak selalunya aku teman abang tengok tv..kali ni aku teman gak tapi teman tidur kat sebelah...terseksa rasanya...rasa mcm nak muntah aku tengok benda-benda tu semua.
Alhamdullillah hari Khamis settle... barulah aku boleh semak statement akaun bulan lepas.. "Hah tu kira apa lagi mak nye ...?" tanya abang..mungkin dia ingat keje aku tak siap lagi...nasib baik aku jadi akauntan seminggu je..he..he..rasa seronok dapat jadi surirumah semula...