Isnin, 31 Disember 2007

Bye-Bye

Oklah aku nak chow dulu nak goreng telur mata 'sapi' untuk dimakan bersama dengan nasi gorang kampung dan cili api...aku punye kalau rajin nak telur goreng mata sapi gak tapi nak makan dengan roti... best juga tu..dah terleleh air liur...



Gambar kenangan 2007

SELAMAT TINGGAL 2007


Rasanya dah lama sangat tak updatekan blog ni...tahun ni terlalu banyak kesedihan...pertamanya...jiran aku yang baik sangat hatinya..kalau jumpa aku tengah jalan tak pernah dia tak tegur...meninggal dalam kemalangan yang sadis... menangis juga aku...walaupun yang meninggal tu laki orang lain tapi aku tengok semua jiran-jiran perempuan kat sini pun menangis ialah siapa yang tak kenal arwah zali..Kemudian atuk nah pulak meninggal..aku menangisla juga tapi tak dela sesedih masa jiran aku meninggal. Tapi masa aku tengok atuk Atan cium jenazah isterinya yang tercinta ..hati aku sebak tak tertahan-tahan kat situ juga aku nangis. Dan yang terakhir sekali isteri Aidil. Aku nangis gak.. tapi bukan kerana isterinya.. sebab aku tak berapa kenal dengan bininya..tapi aku terbayangkan Aidil yang mudah mengeluarkan airmata walaupun hanya nengok cerita hindustan sedih kat TV. aku membesar dengan dia jadi aku tahu sikap dia. Sebenarnya aku sedih dengan kejadian-kejadian tu...kerana aku empati kepada orang yang ditinggalkan..bagaimana hidup mereka setelah 4 tahun, 20 tahun dan lebih 60 tahun melayari bahtera perkahwinan, melalui susah-senang bersama, berkongsi batal, tilam dan tak pernah berpisah....cuba menjalani hidup tanpa orang yang tersayang disisi...macamana nak meluahkan , berkongsi rasa dan apa saje dengan mereka.Kalau aku tak tahula macamana aku nak bayangkan..bak kata mak aku pasal atuk aku, lebih 40 tahun tak pernah pisah ...kemana aje berdua...bahkan kalau tidur selimut di kongsi...mungkin atuk dah senja..bagaimana pulak dengan kak Ati..yang aku rasa dah dekat 20 tahun bersama mungkin baru nak rasa hidup selesa sikit..tiba-tiba tuhan lebih sayangkan suaminya..aku rasa impak nya lebih teruk..entahlah mungkin ini untuk memberi kesedaran pada aku supaya
menghargai orang -orang yang aku sayangi....semuga Allah memberkati rezeki dan hidup aku sekeluarga...semuga juga Allah memberi sinar cahaya keimanan dan kebahagian yang berpanjangan yang tak ternilai dengan wang ringgit pada keluarga aku...Aku sayangkan mereka...

Selasa, 26 Jun 2007

LENGUH-LENGUH

Hari ni badan rasa ok sikit lah...semalam tak boleh bangun. Aku ingat kot-kot dah terpregnent..kalau betul ok jugak tapi bila difikirkan semula payah pulak dahlah 5 tahun tak beranak...baru nak berdua-duaan ngan abang..,baru nak start travel ngan family....susu tak yah pikir...pampers tak yah pikir...cek upt negative alhamdulillah..kena satu cucuk ubat demam tu yang hari ni lega sikit..tapi kaki still lenguh sikit..semalam man dan ram alami trauma masa naik flight..sian they all dahlah first time naik tiba-tiba ada kejadian yang tak diingini..sebenarnye aku tak de mood nak tulis..janji ngan adibah nak call pukul 9pm, nak submit cukai pakai e-filing call dia rupanya kat dalam keta lagi tak sampai kat umah..ish kerja keras anak dara ni..dia suruh call setengah jam lagi..aku goreng ikan kering untuk cik abang dululah dan bonus..buat maggi untuk aku sendiri...bestnya....

Khamis, 21 Jun 2007

Hari ni baru aku perasan abang tak de call pun kat rumah..selalunya dia mesti call..samada nak cakap pasal something atau setidak-tidaknya dia mesti call anak-anak dia.. Setahu aku kalau dia tak 'keep in touch' kat rumah biasanya dia marah atau tak puas hati kat aku...Aku ada tersilap kata dan perbuatan ke? Mesti ada..sebab bila aku call dia macam tak best je...kalau tak de apa-apa alhamdulillah... petang hujan lebat tapi kejap je..budak-budak tengah makan nasi.. selera betul maklumlah ikan cencaru goreng cicah dengan kicap...cuma lauk nya terlalu simple dan abang tak berapa gemar lauk ni.. abis tu camno..aku dah tak tahu nak masak apa lagi..tapi bebudak ni suka sangat sampai bertambah-tambah nasi...

HAPPY FATHER DAY


Aisyah dan Haikal dengan kad untuk abahnya yang tersayang..

Kad utk hari bapa hasil kreativiti anak-anakku...

"Mak! Mak! Tenuk ni .., aisyah dapat A" jerit aisyah masa aku ambil dia di sekolah..Rupa-rupanya kad untuk Hari Bapa.. haikal pun ada sekali. Emmm.. kalu tak salah aku masa Hari Ibu ..tak de pun dia orang buatkan kad.. ke aku tak perasan.

Isnin, 18 Jun 2007

AKTIVITI HARIAN .....


Emmm...macam biasa aktiviti harian yang wajib anak aku buat terutamanya ekal..Lepas je habis buat homework tanpa berlengah dan tidak lupa membuat aktiviti hariannya menonton cerita kartun kat tv 9..sampai aku pun dah menghafalnya dari cite Blue's Clue hingga ke Spongebox Squarepants. Padahal kalau tak salah aku citenye dah berulang-ulang, aku memang pasti sebab akupun turut sama menontonnya walaupun tak sepenuhnya. Tapi yelah dah minat sangat ...dia tengok juga tanpa jemu..dulu masa mak aku datang umah aku, aku citelah juga pasal kartun kegemaran cucunya...dan bertapa menyampahnya aku tengok kartun Cat Dog..mak aku kata dia pun tak suka tapi budak-budak memang suka..katanya tu berdasarkan anak-anak sepupu aku yang dia jaga..suka sangat tengok cite tu dan astro chanel ceria maklumlah maknye tak pasang astro..fuhhh nasib baik aku dah lock chanel ceria kalau tak lagi mengarut...

Anak-anak


Berangan rambut panjang konon-kononnya...

Tekun buat homework...


Hari ni gi bank ...Lepas aku jemput ekal tanpa membuang masa aku suruh dia buat homework yang tak siap kelmarin. Tapi sabo jelah dengan ekal...tapi atleast dengan aku nak juga dia belajar..sementara dia buat homework eisyah pulak asyik berangan..tak sudah-sudah anak dara sorang ni. Kali ni dia berangan rambutnya panjang mcm princess..

Sabtu, 16 Jun 2007

KERETA..

Hari ni hantar abang gi klinik tup-tup sampai kat tol abang persan beteri problem dan temp. naik... tali kipas putus.. tah berapa lama dah terjadi tak tau la..
Ingat hari ni nak masak ...malas nak beli ..kurang sikit duit yang kena keluar...habis tu dah keta ni buat hal nak tunggu pomen cina sebelah tu...nak gi sarapan plak dulu..pukul berapa la siapnye...nampaknye lauk hari ni kensel masak esok jela. Kesian jugak aku tengok kereta tu mcm dianaktirikan..dah lah jarang dimandikan...kat dalam lagilah, servis hancur..tapi sebenarnye aku memang sayang kat keta ni tahan lasak dan amat sesuai dengan aku yang tak berapa kisah tentang keperluan kereta ni janji minyak cukup boleh jalan ok. Agaknya kalau aku pakai kancil ke dah lama terbarai kereta tu...apalagi BMW dan kereta mewah yang sekata dengan nye..
Semalam nona call katanya nak tumpang tidur..malam ni kat rumah aku. Apahal plak minah ni , rupa-rupanya lakinya tak de dia takut duk kat umah dia tu katanya banyak kejadian-kejadian misteri yang berlaku "agaknya 'dia' terperanjat tak sebab selalu muka lain duk kat umah ni , yang ni muka lain" kata aku sekadar menyedapkan hati dia..maklumlah selalu dia keje sekarang cuti sebulan lepas exam. Maidnya Siti balik ke indo bercuti sebulan..."Agaknyela..ha...ha...ha.ha" jawab nona. Cuma yang aku tak faham kenapa dia tak ikut laki dia balik kampung antar mak mertua dia...emmm...emmm.baru aku ingat dia kata susah ngan anak-anak dia maklumlah siti tak de..anak dia kecik-kecik lagi... alhamdullillah aku dah tak de anak kecik...Semuga dia dapat menyelesaikan misteri rumahnya tu... ishh..seram gak..

PENING...PENING

Sebenarnya aku cuba elak-elak nak settlekan benda-benda yang berkaitan dengan LHDN ni...tapi tulah kalau aku cuba hindarinya ...last-last aku jugak yang mesti selesaikan...Rumah jangan citelah berselerak habis.. "mak tengah buat keje..." itulah antara dialog anak-anak aku dengan abahnya...Banyak benar angka-angka yang nak di belek dan di kira. Naik buntang mata aku...tengah masak, tengah basuh hatta tengah mandi pun asyik dok teringat angka-angka tu...kejap-kejap rasa macam salah kira alamak ..aku selongkar balik kertas-kertas..tekan balik calculator tu....Malam plak selalunya aku teman abang tengok tv..kali ni aku teman gak tapi teman tidur kat sebelah...terseksa rasanya...rasa mcm nak muntah aku tengok benda-benda tu semua.
Alhamdullillah hari Khamis settle... barulah aku boleh semak statement akaun bulan lepas.. "Hah tu kira apa lagi mak nye ...?" tanya abang..mungkin dia ingat keje aku tak siap lagi...nasib baik aku jadi akauntan seminggu je..he..he..rasa seronok dapat jadi surirumah semula...

Ahad, 27 Mei 2007

HELIZA!HELIZA!



Seronok sungguh anak-anakku dapat jumpa dengan heliza AF5 yang kebetulan datang ke rumah Kak Lina terutamanya si eisyah dan kak ya. Sebenonye maknye pun terujalah jugak tapi control beb...yang penting anak-anak...

Selasa, 22 Mei 2007

ENTERFRAME

Sian dia orang ni teringin benar nak bergambor ngan pengantin tapi aku terlalu sibuk di dapur...

WOW



Wow romantiknye...teringat zaman-zaman aku kahwin dulu...

SAH AKU TERIMA NIKAHNYE...


Aku rasa hari ini adalah hari yang paling mendebarkan bagi man selain hari dia disunatkan...

sebelum majlis

ADOI SAKIT PERUT..

Disebabkan tiada sesiapa yang sesuai kata mereka so aku kena kepasar pada hari Jumaat untuk belanja lauk-lauk pengantin...udan g besar, sotong besar, kat pasar tu alamak udang ngan sotong mcm tak makan ...anyway dah tak de pilihan beli ajelah...kena beli sayur untuk dalca??? alamak berapa banyak nak kena beli..aku main redah je..perut meragam plak..makan apa tak tahu... mcm nak pengsan ..

ANAKKU PONTENG????

Malam Khamis (17.5) aku balik ke kampung Sri Jaya untuk meraikan majlis perkahwinan man atau lebih dikenali sebagai pak uda di kalangan anak-anak aku...seronok sungguh dia orang bila nak balik kampung...hari jumaat ponteng sekolah lagi..hanya untuk pok denye tersayang...

Ahad, 13 Mei 2007

SEDAPNYA MAKAN KAT SINI ABAH...

Itulah komen anak aku ekal..cakap best tapi makan tak habis ..dia tak sudah -sudah fanatiknya dengan ikan...



"Mak!Mak! ambil lah gambar ekal kat ikan ni " bukan main lagi...


Gambo lagi kat ikan


Control hensem...

Masa balik dalam keta aku melawak ngan anak-anak aku , " hari ini hari apa?" " Hari ni hari ahad" jawap amir...
"Hari ni mother's day lah, kan abah dah cakap petang tadi" Semua anak-anak ucapkan kat aku menitis air mata aku..aku tak harap pun semua itu ..terima kasih mak selalu sayang korang dan sanggup berkorban apa saje...

MAKAN MALAM.....

Hari ini abang belanja makan kat village view

kat pintu masuk Village View


Kat meja makan dekat dengan kolam ikan

Air carrot susu, fresh orange dan teh ais


Antara lauk -pauk yang di 'order'

HAPPY MOTHER'S DAY

Hari ini hari ibu...aku tak biasa sebenarnya dengan sambutan-sambutan hari ibu dan seia dengannya. Mungkin inilah yang membuat mak merasa aku berbeza dengan bob...sepanjang hidup aku tak pernah aku melafazkan samada melalui telefon, sms atau kad ucapan apatah lagi secara berdepan.."Selamat Hari Ibu" tak seperti bob yang saban tahun tak pernah lupa menghantar kad kadang-kadang beli hadiah untuk mak..bagi aku untuk memberikan sesuatu tidak perlu hari tertentu bila-bila masa je ada rezeki aku berikan..lagipun aku tak pandai nak membuat perkara-perkara macam tu..asalkan mak tahu bahawa sememangnya mak adalah orang yang paling aku sayang...mak yang tiada gantinya...Mak tak perlu hari-hari seperti itu.. kerana tiap hari along sayangkan mak dan tiap hari adalah hari ibu untuk mak sepanjang hayat....

Ahad, 6 Mei 2007

GI PESTA BUKU LAGI...





Pagi ni syahdunya hujan....bestnye..tapi bila teringat janji nak gi lagi sekali ke pesta buku dengan anak-anak... terbetal niat yang satu tu...last day ramainya...

MENGETEH



Semalam abang ajak gi ngeteh kat kedai mamak..namanye mengeteh tapi aku minum fresh oren....

Ahad, 29 April 2007

DINNER





Malam ni dinner kat Rimbun Klasik...order mcm biasa cuma yang luar biasanya order dessert 'Bananasplit' dan 'Waffle Ice Cream...

PERGI RUMAH 'MOK TEL'





hari ni aku masak nasi lemak je..cadang nak pergi umah lin...pukul 3 ptg berangkat ke rumah lin..Anak-anak siap bawak baju renang..tu mesti nak berendam dalam kolam rumah lin. Tapi tak sempat ambil gambar baby... nasib baik ada ambil masa hari tu...

AIR REBUSAN AYAM HILANG...???

Masyaallah.. aku nak masak nasi ayam petang semalam, masa nak tuang air rebusan ayam tiba-tiba dah tak de dari peeti ais..mengamuk sakan aku.."sapa yang buang air rebusan ayam yang mak simpan ni??" jerit aku..
"haikal" balas kak ya yang tengah basuh pinggan. " ekal ingat tu air cokelat dah lama dia tukar jadi warna putih,nanti kalau ekal minum, ekal sakit perut" terketar-ketar si ekal menjawapnya...Kerana terlampau geram kena juga secubitan... nasib baik boleh jadi mcgyver..aku masukkan sup ayam tu..hai anak-anak.

Sabtu, 28 April 2007

BERAS DAH ABIH DAH...

Tup-tup masa nak masak nasi ayam pagi tadi la ..beras dah abih..nasib baik ada dalam 3 cwn cukup untuk abang.. bawa bekal nasi ayam...Emmm...apalagi lepas bagi assigment kat amir dan kak ya aku pun bergegas cari beras...masa tengah drive tu tiba-tiba duk teringat cite cina yang mana pelakon budak kecik tu mengingatkan aku pada amir..aduhai..aku kalau tengok cerita-cerita menyayat hati yang membabitkan anak-anak, aku sensitif sangat..nasib baiklah masa tengok cerita tu aku dok kat bawah sorang-sorang...bila menangis sakan tak dela orang perasan.. abih je citer tu aku sambung baca novel..yang mana aku sampai bab anaknye(6 tahun) kemalangan kemudian dia buta akibat dari kemalangan tersebut...lepas tu mamanya bawa balik kampung sebab nak cari lakinya yang tak balik-balik. Suatu hari mamanya bawa zamirul(nama budak ni) ke kedai sebab si zamirul ni nak makan ais krim..so maknye suruh tunggu kat luar...tiba-tiba terdengar ada orang terlanggar anaknye sambil menyumpah-nyumpah..mengatakan buta agaknye sampai terlanggar...siapalagi yang menyumpah tu adalah atuk maknye yang tak suka maknye(dhamira) bila je atuknye nampak je dhamira lagi bengang le orang tua tu..tapi dhamira terus minta maaf sambil cakap memang zamirul tu buta... lepas tu terus pimpin anaknye ke kereta...tiba-tiba zamirul pergi kat oyangnye (atuk maknye) " saya minta maaf sebab saya tak sengaja...tapi jangan marah mak saya ..sebab mak saya seorang yang baik..." terkedu-kedu oyangnye termasuklah aku yang baru je lepas tengok citer cina tu...sedih tak habis lagi baca pulak bab novel ni...bercucurla air mata keluar...akibatnye sampai hari ni aku masih teringat budak cina tu...bila teringat air mata mesti meleleh punye...

Jumaat, 27 April 2007

PESTA BUKU

Hari ni bersemangat bebudak tu bangun pagi dan mandi gara-gara nak gi pesta buku... kali ni aku memang bersedia dari segi kewangannya..aku teringat last year tak de duit langsung..terkulat-kulat tengok buku best-best..terkulatnye aku, terkulat lagilah anak-anak aku. Akhir sekali aku terpaksalah cari buku paling murah..buku yang lelong dewan bahasa dan pustaka (RM 1) tapi biasalah buku murah tak best ceritanya lebih-lebih lagi terbitan dewan bahasa dan pustaka. Bila bebudak tu nak yang lebih sikit aku kata mahal..tak de duit...abahnye dah ke tempat lain hanya sempat bagi RM 50. Aku tahu aku boleh minta lagi tapi masalahnya last year boot untuk yang abng minat tu jauh susah nak mengheret budak-budak.. Majalah kanak-kanak RM 1 satu..sian betul tengok anak aku yang tak merungut sangat...dapat buku mcam tu dah seronok giler...Jadi tahun ni aku simpan sikit-sikit...hah! Belilah anak apa yang korang nak beli...aku tak kisah sebab semua tu buku untuk anak aku membaca... kepuasan dan keseronokan yang terbit dimuka anak-anak kerana dapat memilih apa saja buku kesukaannya sudah cukup membuat aku rasa terharu dan puas hati...lepas selesaikan apa yang mereka nak barulah aku mencari novel-novel kegemaran aku...tapi yang pasti Pesta buku tahun aku benar-benar berpuas hati walaupun nak cari parking kat Hentian Putra tadi sesat...

Rabu, 25 April 2007

PONTENG LAGI...PONTENG LAGI...

Hai ni kalau budak sekolah dah lama dah kena denda.. hari ni aku ponteng lagi ngaji..puncanya adalah dari diri aku sendiri..semalam tidur lewat sangat,pukul 5 pagi....uwah..uwah.. pok-pek, pok- pek ngan abang sampai tak sedar dah pagi..Emm... tapi aku suke sangat kalau berbual-bual macam tu...banyak perkara yang boleh diluahkan...abang lagi kesian sebab kena keje...aku lepas ni bolehla zzzzzz....Izah tu pun 2 x 5..penat sangat mesti busy malam tadi...esok-esok kalau dia tak de susah jugalah aku maklumlah sepanjang masa dia duduk rumah aku, kain-kain baju semua dia lipat..alhamdulillah....nanti bila dia dah gi kat kuala nerang tu....alamatnya menimbunlah baju-baju tu..masalah betul lipat kain ni. Kalaulah hobi aku ni lipat dan gosok baju...Hai sebenarnye mata dah ngantuk...makan piza best jugak ni.... makan dalam mimpi..

Rabu, 18 April 2007

SERONOKNYE DIE...

Itulah yang aku gambarkan perasaan izzah..iyalah sape yang tak seronok dapat offer dari matrikulasi..cuma tempatnye agak jauh so tak dapekla nak menghantarnye.. tarikh pendaftarannye 14 mei.. abah ngan faridah saje yang dapat hantar.... sian izzah tak dapat tengok man kahwin..anyway tahniah untuknya...

Isnin, 16 April 2007

MELAKA...



Pas tu malam balik umah mak aku kat Melaka...Hari Ahad balik Bangi tapi kenalah menjemput izzah kat Shah Alam...ni gambo kat umah mak aku..
Malam tu ingatkan nak order kat pak ngahla..amir kata"Mak! cikgu katakan macam ni, minggu depan saya nak tengok rambut awak pendek" so aku suruhlah abang bawa gi gunting rambut sambil-sambil tunggu tu bolehla order kat pak ngah..sebelah je kedainyaa.."malasla saya nak gi,awak jela yang call"uhh..aku pun malas gak nak call..At last buat mee hoon gorang..campur ngan udang kering..sedap....

PERGI SHAH ALAM





Hari Sabtu aku gi Shah Alam hantar izzah ke rumah nona...anak-anak aku biasalah suka sakan kalau diajak ke umah abeed..Riuh rendah dibuatnya....aku rasa setiap kali kalau nak berborak ndan makngahnya, aku mesti nak terjerit-jerit..bising bangat dengan suara bebudak tu..mak mentua minah tu mesti tension.. sempat gak anak aku begambo kat situ.

Jumaat, 13 April 2007

ESYAH DAN EKAL






Semalam masa aku sedang upload gambar... tetiba aku ternampak gambar-gambar si manja kesayangan ku esyah dan ekal..