Rabu, 13 Disember 2006

SELAMAT MALAM

Harap-harap malam ni haikal tak kacau aku lagi...bolehlah aku bermesraan dengan abang tersayang...Teringat dulu-dulu masa mula-mula ekal dan esyah pisah tidur.. "kalau sewa hotel pun tak dapat privasi macam ni sebab kalau kat hotel mesti penuh ngan bebudak" betulllll...tu. Bila berdua-duaan kat bilik sekarang ni betul-betul best dan privasi nak buat apa-apa pun boleh he..he..he..semuga aku mendapat mimpi yang indah ..insyaalah..Good night..

Ah...malasnya

Hujan pulak.. ingat nak bereskan kain yang menimbun kat dalam bakul tu....tapi sampai sekarang masih lagi tak terusik pun kain-kain tu. Aku memang benci , malas apa-apa aje perkataan yang seerti dengannya nak melipat baju. Teringat kata-kata nona hari tu... "Cipta mesin lipat baju...rasanya kalau boleh cipta ramai orang beli .." Tapi akukan cuba gagahi juga diri aku ni yang sememangnya dah sedia malas dan berat untuk melakukannya sebab kalau bukan aku sape lagi..? Aku tak de bibik, nak harapkan kak ya emm.. baik dia melayan adik-adiknya menyepahkan rumah, hujung-hujung memang akulah yang kena buat..Kata orang tua-tua hujan-hujan macam ni pekena kopi panas sedap tu... aku cadang nak buat nescafe gold segelas sebagai upah aku melipat baju.. he..he..

MACAM BIASA


Pagi ni bangun tidur macam biasa. Macam biasa jam 2 pagi haiqal kejut. "kenapa mak tak tidurkan ekal..?"katanya sambil menangis. Kadang-kadang aku rasa macam pengantin baru dalam sebulan ni maklumlah aisyah dan ekal dan tidur ngan kak yah dan amir, tapi kekadang tu macam ada anak kecil yang kena bangun tiap-tiap malam bancuh susu. Bilalah agaknya si ekal tu boleh sesuaikan diri tidur tanpa tangan mak dan abahnya. Hari ini bercadang nak lepak-lepak sambil minum pagi kat unikeb tu so lepas hantar kak ya dan amir ke kelas englishnya aku terus ke unikeb bersama-sama dengan si aisyah dan ekal yang tak sudah sudah bergaduh. Sesekali minum-minum sambil baca paper best gak rasanya.