Isnin, 21 Januari 2008

KENANGAN BERSAMA AHLI KELUARGA..

TUKANG SIBUK...




Ini pulak anak-anak buah perantin @ mak itam

PERANTIN! PERANTIN!


Selamat pengantin baru untuk Faridah & Firdaus. Sebenarnya inilah majlis yang dinanti-nantikan...emm..cantik faridah bila kena dengan hasil tangan "pak andam". Cuma kali ni aku banyak melepakkan diri...malas nak buat keje dapur..biole orang kata aku pemalas...sebab dah memang aku pemalas daripada aku hipokrit konon2 rajin tapi pemalas...ni dia gambar perantin...

Khamis, 3 Januari 2008

DALAM KELAS 1 MELUR

BERSEDIA UNTUK KESEKOLAH

LUNCH

Era baru...

Hari pertama persekolahan yang sebenarnya buat anak aku si ekal. Aku bercadang nak beli sampin tapi dah habis...tengok dia duduk diam je dalam kelas, mata je bulat. Aku ingatkan dia tak dapat kawan rupa-rupanya ada kawan setadikanya... patutlah seronok semacam masa ambil dia balik dari sekolah agamanya..siap bye-bye kawannya tu...parahh. Hari ni aku hantar dia orang gi sekolah...sebelum tu fetch aisyah dulu...Aisyah jarang sangat pakai baju gaun.. sebab tu bila dia org tengok budak tadika tengah memain mereka tanya aku "mak baju aisyah macam tu ke?" . " Ya" jawap ku . "Ha!Ha! kelakarnya"sambut dia orang...mungkin mereka jarang tengok aisyah nak pakai baju mcm tu. Kat sekolah jalan 3 lagi ligat siekal siap melawat taman mini, tengok kura-kura la, main kejar-kejarla, yang si aisyah ni pulak pantang tengok makanan jam-jam tu terus merengek laparla, hausla seingat aku dia kata dah lunch kat sekolah tadi....kat kelas jumpa lagi kawanya siekal bukan main seronok lagi dia...abisla dia main-main kat kelas.settle semua dekat pukul 2 balik umah makan maggie..tekak tak de selera nak makan. lepas tu dalam kul 3 pm zzzzz...ngan aisyah kat dalam bilik...letih bangat...

Rabu, 2 Januari 2008

HAIQAL KE SEKOLAH

Hari ni pendaftaran ekal ke sekolah. Macam biasala dia tak boleh duk diam ... cikgu pun bagi taklimat lama beno... tapi ramai juga ibubap yang kusyuk mendengarnye...aku rasa ni mesti anak sulung baru masuk darjah satu...kalau tak nape sampai beriya-iya mendengarnye, siap hantar laki bini...macam nak antar masuk 'U'. Abahnye ekal hantar sampai pagar je..aku pun tak kuasa nak dengar celoteh cikgu tu...banyak lagi perkara yang aku nak settlekan. Mana nak bayar yuran, nak beli buku bebudak..baik aku chow dulu.. ekal pun dah restless semacam je, macam cacing kepanasan. Balik rumah lain macam je badan ni rasa... tak larat je sendi macam sendi orang veteran nak kata demam tak panas sangat tapi bila kena kipas sejuklah pulaknye..abang kata tak yah masak..ceh senangnye..idup aku. tapi fulusnye dah tak de kenalah masak juga...dah petang-petang ni pun badan macam dedar2 je...mood pun tak de nak menulis...nantilah aku sambung balik