Khamis, 9 Oktober 2008
Kat dalam AB Motel
Di sebabkan budget untuk ke pulau payar mencecah hampir RM800 terpaksalah sewa kat AB Motel..tapi berbaloi jugalah dangan harga RM80 semalam . Ada 2 katil queen, peti ais, tv,aircond, pendekata puas hati...
Bercuti di Langkawi..
Mulanya rasa macam tak ceria maklumlah budget tak berapa nampak tapi Allah memakbulkan jua doaku disaat akhir ada rezeki jadi dapatlah juga bercuti ke Langkawi sekali lagi...(kali ke 3). Cuma kali ni target hanya untuk ke Pulau Payar. Seronok betul rasa nak ajak pegi lagi sekali...lepas tu terima kasih kat abang sebab belikan pressure cooker...gambar-gambar nanti lepas ni..
Salam Lembaran...
Tahun ni aku beraya di rumah bondaku di Melaka..hari ahad siap jalan-jalan ke Mines sebab abang yang tersayang tiba-tiba baru sedar dia tak de baju raya lagi....lepas tu balik johor..hari isnin balik melaka... pada hari raya yang tidak dapat aku lupakan sewaktu salam cium tangan abang...mungkin aku banyak buat dosa dengan dia sampai tak terucap kata-kata maaf dari mulutku...hanya hatiku saja yang mampu menyatakannya...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...
Alhamdulillah tahun ini aku dapat berpuasa walaupun tak cukup sebulan...tahun ni tak dapat buat biskut Almond London kegemaran budak-budak sebab sibuk menjahit manik...
Khamis, 3 Julai 2008
BELI LAPTOP
Abang beli notebook hari ahad ari tu..so dipendekkan cerita dapatlah aku borak-borak dengan zuhra kat Riyadh. Seingat aku masa dia kay Malaysia tak dela berborak cam ni..lagi jauh dia duduk baru dapat borak siap dapat tengok muka. Emmmm....kalau dapat contact GG yang sangat-sangat aku rindui alangkah bestnya...bila agaknya aku dapat jumpa atau at least email ke...sob..sob....gg aku rindu sangat kat kau...moga-moga Allah swt gerakkan hati kau untuk cari aku...
REUNION
Setelah lebih sepuluh tahun akhirnya dapat reunit balik dengan budak-budak ni...tp malangnya hanya 20 orang je yang datang...aku terkilan juga sebab tak dapat jumpa zila...tp tak pe dapat juga jumpa yang lain...macam-macam cerita...tapi yang pentingnya dia orang semua semua tanya aku apa rahsia muka awet muda? ha...ha...ha... kembang setaman rasanya.Biasala jwp standard sebab aku tak kerja duk rumah, tak yah fikir pasal pesakit,pasal duty,keje malam, tak puas hati ngan sister, jalan jem, cuti tak dapat dan macam-macam lagi...tapi bila ramai yang dah naik pangkat sister dan buat degree jelous gak..aku ingat nak buat deegre la next year tapi bila si norli kata lepas buat kena keje 5 tahun alamaks...susah juga. kalau aku habis study si esyah baru darjah 3..susah gak ..Apa-apa pun aku rasa seronok cerita macam-macam tak puas rasanya..dengar cerita nak buat setahun sekali..
Langgan:
Catatan (Atom)
