Ahad, 13 Mei 2007

HAPPY MOTHER'S DAY

Hari ini hari ibu...aku tak biasa sebenarnya dengan sambutan-sambutan hari ibu dan seia dengannya. Mungkin inilah yang membuat mak merasa aku berbeza dengan bob...sepanjang hidup aku tak pernah aku melafazkan samada melalui telefon, sms atau kad ucapan apatah lagi secara berdepan.."Selamat Hari Ibu" tak seperti bob yang saban tahun tak pernah lupa menghantar kad kadang-kadang beli hadiah untuk mak..bagi aku untuk memberikan sesuatu tidak perlu hari tertentu bila-bila masa je ada rezeki aku berikan..lagipun aku tak pandai nak membuat perkara-perkara macam tu..asalkan mak tahu bahawa sememangnya mak adalah orang yang paling aku sayang...mak yang tiada gantinya...Mak tak perlu hari-hari seperti itu.. kerana tiap hari along sayangkan mak dan tiap hari adalah hari ibu untuk mak sepanjang hayat....

Tiada ulasan: