Isnin, 16 April 2007

MELAKA...



Pas tu malam balik umah mak aku kat Melaka...Hari Ahad balik Bangi tapi kenalah menjemput izzah kat Shah Alam...ni gambo kat umah mak aku..
Malam tu ingatkan nak order kat pak ngahla..amir kata"Mak! cikgu katakan macam ni, minggu depan saya nak tengok rambut awak pendek" so aku suruhlah abang bawa gi gunting rambut sambil-sambil tunggu tu bolehla order kat pak ngah..sebelah je kedainyaa.."malasla saya nak gi,awak jela yang call"uhh..aku pun malas gak nak call..At last buat mee hoon gorang..campur ngan udang kering..sedap....

PERGI SHAH ALAM





Hari Sabtu aku gi Shah Alam hantar izzah ke rumah nona...anak-anak aku biasalah suka sakan kalau diajak ke umah abeed..Riuh rendah dibuatnya....aku rasa setiap kali kalau nak berborak ndan makngahnya, aku mesti nak terjerit-jerit..bising bangat dengan suara bebudak tu..mak mentua minah tu mesti tension.. sempat gak anak aku begambo kat situ.

Jumaat, 13 April 2007

ESYAH DAN EKAL






Semalam masa aku sedang upload gambar... tetiba aku ternampak gambar-gambar si manja kesayangan ku esyah dan ekal..

MAULIDUR RASUL


"mak! nanti esok amir kena pakai baju raya sebab ustazah kata ada maulidur rasul....cikgu kata lagi kelas amir ada 22 orang jadi mak kena buat kuih 22.." pesan amir pada aku semalam. Aku tak buat pun kuih untuk dia..aku belikan kek pisang je tapi itupun dah cukup mengembirakan hatinya...Amir memang macam anak cina..

Khamis, 12 April 2007

Letih pulak bijik mata ni.. jenuh jugak dok menunggu gambar untuk di uplode. Cuaca kat luar tu pun dah mendung je.. pandangan mataku pun turut terasa mendungnya..

Tempat laksa power




Laksa kat sini memang power begitulah dengan cendolnya tambahan ditiup angin laut... sedap..

swimming pool



Di balkoni




Dia orang kalau suruh berposing kalah model..

Awana...marina..





Pantai Beras Basah



Pantai ni memang best. Bersih, pasir dia sejuk je walaupun tengah panas terik..mulanya malas nak mandi tapi tanpaku sedar aku dah kat dalam laut.

Pulau Dayang Bunting dan Tasik Dayang Bunting

island hoping





masa nak bertolak..

Sunrise at Awana...




Romantik pulak rasanya...

Cabel car







Masa naik cabel car tu jambatan gantung tutup so naik jambatan gantung yang ni oklah asalkan tak kempunanan..




Syoknya pergi Langkawi aku anggap ini adalah hadiah ulangtahun perkahwinan aku yang paling istimewa...tengok kat gambar ni teringat awana porto malai...
Hari ni aku rasa malas nak jalan kaki gi ngaji tu..ada masanye setan macam berbisik-bisik "tak yah ngaji hari ni.." tak pe aku kan cuba kuatkan semangat..Tengok cuaca panas terik, macamni punya panas dah terlebih-lebihlah vitamin D aku dapat . Emmm...macamana ni.akhirnya minta tolong kat Izzah hantar pakai motor..balik nanti jalan kaki. Minah tu pun tak de buat apa-apa. Lepas ngaji singgah kedai jap..tertelan-telan air liur aku nengok ais krim tu..macam best je..Cadangnya hari ni nak jemput budak berdua tu jalan kaki tapi tak laratlah pulak..tapak kaki ni dah menyucuk-nyucuk sakitnya "awak tu berat dah berlebih" komen abang bila aku mengadu padanya..nyampah balik-balik ituje kesimpulan yang dibaginya. Lepas je ambil bebudak tu aku cepat-cepat menyenduk nasi yang konon-kononnya untuk disuapkan kemulut ekal dan esyah tu, tapi mulut aku pun turut disuap sekali oleh ku yang mana akhirnya aku juga yang menghabiskannya..Uhh kalau macamni camno nak turun berat badan..tu la ni mesti gara-gara banyak makan coklat langkawi...Cantik juga gambar-gambar kat langkawi..nanti aku keluarkan kat next post..