Khamis, 12 April 2007

Hari ni aku rasa malas nak jalan kaki gi ngaji tu..ada masanye setan macam berbisik-bisik "tak yah ngaji hari ni.." tak pe aku kan cuba kuatkan semangat..Tengok cuaca panas terik, macamni punya panas dah terlebih-lebihlah vitamin D aku dapat . Emmm...macamana ni.akhirnya minta tolong kat Izzah hantar pakai motor..balik nanti jalan kaki. Minah tu pun tak de buat apa-apa. Lepas ngaji singgah kedai jap..tertelan-telan air liur aku nengok ais krim tu..macam best je..Cadangnya hari ni nak jemput budak berdua tu jalan kaki tapi tak laratlah pulak..tapak kaki ni dah menyucuk-nyucuk sakitnya "awak tu berat dah berlebih" komen abang bila aku mengadu padanya..nyampah balik-balik ituje kesimpulan yang dibaginya. Lepas je ambil bebudak tu aku cepat-cepat menyenduk nasi yang konon-kononnya untuk disuapkan kemulut ekal dan esyah tu, tapi mulut aku pun turut disuap sekali oleh ku yang mana akhirnya aku juga yang menghabiskannya..Uhh kalau macamni camno nak turun berat badan..tu la ni mesti gara-gara banyak makan coklat langkawi...Cantik juga gambar-gambar kat langkawi..nanti aku keluarkan kat next post..

Tiada ulasan: