Rabu, 13 Disember 2006

Ah...malasnya

Hujan pulak.. ingat nak bereskan kain yang menimbun kat dalam bakul tu....tapi sampai sekarang masih lagi tak terusik pun kain-kain tu. Aku memang benci , malas apa-apa aje perkataan yang seerti dengannya nak melipat baju. Teringat kata-kata nona hari tu... "Cipta mesin lipat baju...rasanya kalau boleh cipta ramai orang beli .." Tapi akukan cuba gagahi juga diri aku ni yang sememangnya dah sedia malas dan berat untuk melakukannya sebab kalau bukan aku sape lagi..? Aku tak de bibik, nak harapkan kak ya emm.. baik dia melayan adik-adiknya menyepahkan rumah, hujung-hujung memang akulah yang kena buat..Kata orang tua-tua hujan-hujan macam ni pekena kopi panas sedap tu... aku cadang nak buat nescafe gold segelas sebagai upah aku melipat baju.. he..he..

Tiada ulasan: