Rabu, 13 Disember 2006

MACAM BIASA


Pagi ni bangun tidur macam biasa. Macam biasa jam 2 pagi haiqal kejut. "kenapa mak tak tidurkan ekal..?"katanya sambil menangis. Kadang-kadang aku rasa macam pengantin baru dalam sebulan ni maklumlah aisyah dan ekal dan tidur ngan kak yah dan amir, tapi kekadang tu macam ada anak kecil yang kena bangun tiap-tiap malam bancuh susu. Bilalah agaknya si ekal tu boleh sesuaikan diri tidur tanpa tangan mak dan abahnya. Hari ini bercadang nak lepak-lepak sambil minum pagi kat unikeb tu so lepas hantar kak ya dan amir ke kelas englishnya aku terus ke unikeb bersama-sama dengan si aisyah dan ekal yang tak sudah sudah bergaduh. Sesekali minum-minum sambil baca paper best gak rasanya.

Tiada ulasan: