Selasa, 3 Jun 2008

POSING LAGI...




POSING DI PEDAS




WET..WET...WORLD

Pintu masuk...

Hari Sabtu balik Sri jaya... Esoknya on the way nak balik Bangi singgah kat Wet World Pedas. Mak ooii.. ramainya orang..."air sungai" dah keruh semacam.. tapi tu tak patahkan semangat untuk mandi-manda...yang paling seronok si aisyah sebab tiba-tiba je dia berani naik gelongsor yang besar dengan abahnya..tapi ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Tengah syok2 tu hujan ..ingat nak mandi dalam hujan..bukan senang beb main hujan tapi tak dibenarkan bimbang dengan petir. Nasib baik hujan berenti..sambung balik mandi ..air makin keruh..mandi-manda sampai kul 6.30 petang... Balik rumah jem gila kul 8 lebih baru sampai.. budak-budak dah pengsan. Singgah beli nasi lemak panas best...

Rabu, 21 Mei 2008

BUKU CERITA ANAK-ANAK...






Duduk-duduk kat rumah ni nak membaca..semua novel dah habis baca..so aku redah jela buku si kak ya tu...Emm, okey gak gak.. menarik la juga isi-isinya...sesuai untuk budak-budak remaja...habis semua buku kakya yang aku belikan kat pesta buku tempohari.. Rasanya dia pun tak sempat habis lagi sebab sibuk dengan exam....

LAGI GAMBAR...



Lagi gambar-gambar masa berkelah kat Sungai Congkak...

Selasa, 20 Mei 2008

SUNGAI CONGKAK




Hari Ahad lepas kak lina ajak gi kelah kat Sungai Congkak.. seronok nye tapi sayang seribu kali sayang aku tak dapat mandi..sebab ehem!ehem! bosan betul..kalau tak aku orang yang pertama terjun kat dalam sungai mendahului anak-anak aku...tapi apakan daya.. tengok ajele sambil telan air liur.. Rin sekeluarga ikut sekali.. kak lina siap buat barbique (alamak betul tak aku eja) sedap....pukul 3 ptg beransur pulang. Singgah sekejap kat Kolam Air Panas Dusun Tua. Pergi kat tempat macam tu teringat 10 tahun yang lepas zaman2 jadi misi dulu..masa student aku posting kat Klinik Hulu Langat dengan member-member selama 3 bulan...masa tu memang best dan seronok...
Balik rumah terus melepak sampai malam..penatnye... sampai esok pagi.. tak keluar-keluar..hinggakan kak lina sms kot-kotla aku tak sihat..ada juga ambik gambar masa kat situ tapi tak berapa jelas...

HOBI BARU..


Emm...lama jugak tak menulis kat dalam ni sebabnya aku sibuk dengan hobi terbaru aku...iaitu baling bola bowling...
Mula-mula macam segan je bila jiran kesayangan aku ajak main maklumlah seumur hidup tak pernah pegang bola tu apalagi nak main ... tapi aku gi la jugak.. eh! eh! syok pulak bowling ni...dipendekkan cite aku siap beli kasut untuk aku dan cik abang aku.. dan yang bestnya abang pun minat gak bowling ni jadi dia beli bola untuk dia dan aku punya sekali. Sekarang aku main dalam seminggu 2 kali kat Warta tu sebab kat situ paling murah... dan kadang-kadang dalam seminggu 2 kali aku teman abang main kul 11 malam..kalau tak de orang nak main ngan aku, aku layan le sesorang...nasib baik ada si eisyah setia menemaniku...rasa-rasanya dia pun" terror "main bowling dek selalu temankan aku...
Aku sempat ambik gambar masa kali pertama aku main bowling...

Khamis, 1 Mei 2008

TENGOK WAYANG...

Iron Man">" border="0" alt="" />


Hari ni plan nak bawa bebudak tengok wayang . Cerita IRON MAN. Punyala bersemangat minggu lepas lagi dah book ticket dengan tempat duduk sekali. Sampai kat kaunter budak tu kata dah kensel. Aku pun dah mula naik hot..camne dah kensel plak?akak tak de kensel pun. Nada suara dah cam nak marah je... "akak book pukul 12.20 am 1 may kan ?"kata budak tu. " 12.20 am tu midnight maknanya tgh malam tadi..." sambung budak tu lagi ..Alamak macamana boleh tak perasan tengahmalam dengan tengahari...adui aku teringat muka anak-anak aku...nasib baik ada tiket lagi..aku betul-betul bersyukur ..terima kasih bebanyak kat adik kaunter tu...moga-moga dia murah rezeki...

Rabu, 23 April 2008

MELEPAK

Roti jala yang dibuat semalam
Hari ni gi library pulangkan buku..pinjam balik dalam 8 buah. Balik buat roti jala untuk bebudak makan. Tak sangka la pulak kali ni jadi je aku buat roti jala rasa macam hari-hari nak buat. Siap cakap lagi dengan amir " Nanti kalau sekolah amir ada jamuan suruh bawa kuih, bagitau kat mak 2-3 hari sebelum nanti mak buatkan roti jala @ spiderman" " okey" jawap amir. petang melepak sambil baca novel fatihah Dear Yayah 1 & Dear Yayah 2. Tekak rasa sakit semacam, kepala bengal, badan lain macam tapi tak panas pun. Malas nak cakap dengan abang nanti dia kata" awak ni banyak sangat yang sakit" pilu sikit bila dengar dia kata cam tu...Okeyla ...petang ni ingat nak buat nasi goreng cina dan ayam goreng berempah.....

Isnin, 21 April 2008

AMIR SEMPUT..

Hero cina kesayangan aku demam dan lelah..jadi tak sekolahlah dia hari ni..tapi aku rasa esok mesti automatik dia dah baik sebab dia ingat duduk rumah boleh lepak-lepak sambil tengok tv!! No..no..no.. kul 10 aku dah suruh belajar...sambung lagi kul 2 pm sampai 5 pm ..tu pun dia tak banyak concetrete asyik membuli si aisyah apalagi terjerit-jerit lah minah sorang tu...petang aku ambil haikal.. oopsss nak buat maggi untuk cik abang..kalau ada masa sambung balik..

Ahad, 20 April 2008

LETIHNYA...

Emm..letihnya ngadap komputer lelama...tadi abang ada tanya"nak maggie tak zan?" "taknakla" jawap aku..dia tengok bola tu...aku pun dah letih nak masuk tidur....

HAPPY BIRTHDAY TO HUSNA & AFEEQ



Hari ni gi rumah Nona ada 'Birthday party ' untuk anak dia. Aku sampai tapi tuannya tak ada...ngantuk plak layan bebudak ni so tumpang tidur kat bilik Siti...dalam jam 4 pm barula..Nona sampai...lebih kurang pukul 6.30 pm baru balik klinik. Letih sangat bebudak tu...

HARI SUKAN SEKOLAH JALAN 3

Posing dulu...
Haiqal...
Amir pakai topi pink...
Ayu je....

TAMAN TASIK CEMPAKA


Indahnya permandangan Tasik....sampai teruja dia orang

KLINIK



Alahai manjanya dia...

PERANTIN LAGI...

Bagai pinang di belah dua...
Pengapit lagi cun...

Kenduri kahwin dak Antie(nama penuh tak tahu) anak mak ngah aku kat Kampung Pandan...

AIR PANAS GUNUNG LEDANG


Tahun Baru Cina dalam perjalanan balik ke Sri jaya singgah mandi kat Air terjun Gunung Ledang. Emm tapi bebudak ni tak berapa enjoy maklumlah tak pernah mandi kat sungai.

AUNIE YANG COMEL...

Opps lupa plak lepas majlis kahwin Faridah anak Lin si Aunie yang comel ni masuk hospital sebab cirit-birit...sian dia...

PORT DICKSON..

Pada 26 hb Jan lepas, adik aku yang kiut-miut belanja lepak kat PD. Disebabkan hari Sabtu abang buka klinik so aku gi naik komuter ngan anak-anak sampai kat Seremban dulu. Kesian bebudak biarla dia mandi-mandi dulu..kata abang. Macam biasa dia pesan ambik gambo bebanyak. Ok gak..sekali-sekala realese tension.....
Kat depan resort blur sikit gambarnya

Kat kolam ngan pak sunya.

GAMBAR-GAMBAR...

Sebenarnya banyak gambar-gambar yang dah diambil tapi tak di letakkan dalam blog aku nie...cik abang asyikla suruh aku "ambik gambo bebanyak" tapi bininya malas bangat nak letak dalam blog untuk ditatap olehnya. so sekarang aku akan letak kat sini mengikut tajuknya.

Jumaat, 18 April 2008

HUJAN OH HUJAN..

Dah lama sangat rasanye tak menulis...tadi baru je buat satu blog untuk anak dara tu..seronok sangatla dia..Hai untung anak zaman sekarang ada blog, ada e mail...Oopps lari dari tajuk. Hujan je tak sesudah. Asal plan nak gi pasar malam je mesti ujan nyampah...si kecik tu tak habis-habis dengan tom-tom bak lah, adi dengan ayahla.. naik muak dah nengoknya. Eh dah kul berape ni..alamak baju putih tak basuh lagi ni blog fatihah punye pasalla ni..antar kak ya gi tuisyen dulula..

Isnin, 21 Januari 2008

KENANGAN BERSAMA AHLI KELUARGA..

TUKANG SIBUK...




Ini pulak anak-anak buah perantin @ mak itam

PERANTIN! PERANTIN!


Selamat pengantin baru untuk Faridah & Firdaus. Sebenarnya inilah majlis yang dinanti-nantikan...emm..cantik faridah bila kena dengan hasil tangan "pak andam". Cuma kali ni aku banyak melepakkan diri...malas nak buat keje dapur..biole orang kata aku pemalas...sebab dah memang aku pemalas daripada aku hipokrit konon2 rajin tapi pemalas...ni dia gambar perantin...

Khamis, 3 Januari 2008