Jumaat, 27 April 2007

PESTA BUKU

Hari ni bersemangat bebudak tu bangun pagi dan mandi gara-gara nak gi pesta buku... kali ni aku memang bersedia dari segi kewangannya..aku teringat last year tak de duit langsung..terkulat-kulat tengok buku best-best..terkulatnye aku, terkulat lagilah anak-anak aku. Akhir sekali aku terpaksalah cari buku paling murah..buku yang lelong dewan bahasa dan pustaka (RM 1) tapi biasalah buku murah tak best ceritanya lebih-lebih lagi terbitan dewan bahasa dan pustaka. Bila bebudak tu nak yang lebih sikit aku kata mahal..tak de duit...abahnye dah ke tempat lain hanya sempat bagi RM 50. Aku tahu aku boleh minta lagi tapi masalahnya last year boot untuk yang abng minat tu jauh susah nak mengheret budak-budak.. Majalah kanak-kanak RM 1 satu..sian betul tengok anak aku yang tak merungut sangat...dapat buku mcam tu dah seronok giler...Jadi tahun ni aku simpan sikit-sikit...hah! Belilah anak apa yang korang nak beli...aku tak kisah sebab semua tu buku untuk anak aku membaca... kepuasan dan keseronokan yang terbit dimuka anak-anak kerana dapat memilih apa saja buku kesukaannya sudah cukup membuat aku rasa terharu dan puas hati...lepas selesaikan apa yang mereka nak barulah aku mencari novel-novel kegemaran aku...tapi yang pasti Pesta buku tahun aku benar-benar berpuas hati walaupun nak cari parking kat Hentian Putra tadi sesat...

Tiada ulasan: