Khamis, 21 Jun 2007

Hari ni baru aku perasan abang tak de call pun kat rumah..selalunya dia mesti call..samada nak cakap pasal something atau setidak-tidaknya dia mesti call anak-anak dia.. Setahu aku kalau dia tak 'keep in touch' kat rumah biasanya dia marah atau tak puas hati kat aku...Aku ada tersilap kata dan perbuatan ke? Mesti ada..sebab bila aku call dia macam tak best je...kalau tak de apa-apa alhamdulillah... petang hujan lebat tapi kejap je..budak-budak tengah makan nasi.. selera betul maklumlah ikan cencaru goreng cicah dengan kicap...cuma lauk nya terlalu simple dan abang tak berapa gemar lauk ni.. abis tu camno..aku dah tak tahu nak masak apa lagi..tapi bebudak ni suka sangat sampai bertambah-tambah nasi...

Tiada ulasan: