Sabtu, 16 Jun 2007

PENING...PENING

Sebenarnya aku cuba elak-elak nak settlekan benda-benda yang berkaitan dengan LHDN ni...tapi tulah kalau aku cuba hindarinya ...last-last aku jugak yang mesti selesaikan...Rumah jangan citelah berselerak habis.. "mak tengah buat keje..." itulah antara dialog anak-anak aku dengan abahnya...Banyak benar angka-angka yang nak di belek dan di kira. Naik buntang mata aku...tengah masak, tengah basuh hatta tengah mandi pun asyik dok teringat angka-angka tu...kejap-kejap rasa macam salah kira alamak ..aku selongkar balik kertas-kertas..tekan balik calculator tu....Malam plak selalunya aku teman abang tengok tv..kali ni aku teman gak tapi teman tidur kat sebelah...terseksa rasanya...rasa mcm nak muntah aku tengok benda-benda tu semua.
Alhamdullillah hari Khamis settle... barulah aku boleh semak statement akaun bulan lepas.. "Hah tu kira apa lagi mak nye ...?" tanya abang..mungkin dia ingat keje aku tak siap lagi...nasib baik aku jadi akauntan seminggu je..he..he..rasa seronok dapat jadi surirumah semula...

Tiada ulasan: